• PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PSSCM UniKL BMI - Laman Web Rasmi PSSCM (UniKL BMI). Silat Cekak merupakan silat Melayu asli yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.

  • ISTIADAT KONVOKESYEN PSSCM KE-33 2016

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai 5 orang ahli tamat PSSCM BMI yang telah mengambil dan lulus USR pada tahun ini, menghadiri Istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke 33 pada 21 Mei 2016 di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan.

  • KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai hampir 500 orang termasuk ahli PSSCM,anak serta isteri turut hadir memeriahkan majlis ini.Gegak gempita semasa majlis penutup apabila skuad Demo Putri PSSCM membuat persembahan khas termasuk persembahan Silat Seni oleh Sdr Sazarin ahli JKP PSSCM, Sdr Azim,Sdr Naim dan persembahan istimewa anak-anak dari Sekolah Jalinan Kasih, Kuala Lumpur.

  • BERSAMA DAN BERSATU

    BERSAMA DAN BERSATU

    Bersatu adalah elemen yang amat penting di dalam mana-mana organisasi untuk mencapai visi dan misi yang dicita-citakan. Bak kata pepatah Bersatu Teguh Bercerai Roboh - YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah

  • YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi.

  • YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.

  • YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.Ustaz Hanafi berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik.

Khamis, 27 Oktober 2011

TAHNIAH : EXCELLENT ACHIEVERS AWARD 2011

TAHNIAH : EXCELLENT ACHIEVERS AWARD

Pihak admin dan seluruh warga PSSCM UniKL BMI mengucapkan jutaan tahniah kepada ahli-ahli PSSCM UniKL BMI yang menerima anugerah sempena Excellent Achievers Award yang telah berlangsung pada 21 Oktober 2011 di Dewan Gemilang. Penerima anugerah adalah :

Abudullah bin Zainudin (Dean List)
UniKL BMI Best Acknowledgement of The Year

Muhd Shahril bin Mokhtar (Dean List)
UniKL BMI Best Acknowledgement of The Year

Aiman bin Ibrahim (Dean List)
UniKL BMI 2011 Most Promising Leadership of The Year

Semoga kejayaan ini dapat memberi perangsang kepada kita semua untuk lebih maju dan berjaya di masa hadapan. In shaa Allah..
Share:

Selasa, 25 Oktober 2011

ISTIADAT KONVOKESYEN PSSCM ZON TENGAH 2011

22 Oktober 2011, Gombak - Istiadat Konvokesyen PSSCM Zon Tengah 2011 telah berlangsung dengan gemilang dan jayanya di Dewan Gemilang, Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI). Majlis penuh istiadat yang sama seperti majlis konvokesyen universiti itu bermula dengan perarakan masuk para penerima sijil menengah dan sijil rendah Silat Cekak dan disusuli dengan perarakan masuk Jawatankuasa Pusat serta YDP cawangan ke pentas serta diikuti dengan perarakan utama masuk ke dewan di mana perasmi diiringi oleh YM Guru Utama PSSCM serta pembesar-pembesar PSSCM dan para pembawa bunga telur dan parang lading istiadat naik ke pentas.

Perasmian dan penyampaian sijil dalam majlis pada kali ini disempurnakan oleh Prof. Dr. Badri Bin Abu Bakar, Dekan UniKL BMI. Dalam ucapan majlis perasmiannya, Prof. Dr. Badri memuji majlis anjuran PSSCM ini dengan ungkapan 'cantik', 'indah' dan 'gemilang'.

Pada majlis ini seramai 46 orang graduan menerima Sijil Menengah Silat Cekak manakala 287 orang graduan menerima Sijil Rendah Silat Cekak dengan 29 daripadanya menerima Sijil Rendah Silat Cekak dengan Kepujian. Sepanjang majlis berlangsung, alunan muzik gamelan dan muzik silat berkumandang bersilih ganti.

Mulai tahun ini, majlis konvokesyen PSSCM diasingkan kepada tiga zon iaitu Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Utara kerana jumlah penerima sijil yang ramai dan meningkat setiap tahun.








Share:

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung