• PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PSSCM UniKL BMI - Laman Web Rasmi PSSCM (UniKL BMI). Silat Cekak merupakan silat Melayu asli yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.

  • ISTIADAT KONVOKESYEN PSSCM KE-33 2016

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai 5 orang ahli tamat PSSCM BMI yang telah mengambil dan lulus USR pada tahun ini, menghadiri Istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke 33 pada 21 Mei 2016 di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan.

  • KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai hampir 500 orang termasuk ahli PSSCM,anak serta isteri turut hadir memeriahkan majlis ini.Gegak gempita semasa majlis penutup apabila skuad Demo Putri PSSCM membuat persembahan khas termasuk persembahan Silat Seni oleh Sdr Sazarin ahli JKP PSSCM, Sdr Azim,Sdr Naim dan persembahan istimewa anak-anak dari Sekolah Jalinan Kasih, Kuala Lumpur.

  • BERSAMA DAN BERSATU

    BERSAMA DAN BERSATU

    Bersatu adalah elemen yang amat penting di dalam mana-mana organisasi untuk mencapai visi dan misi yang dicita-citakan. Bak kata pepatah Bersatu Teguh Bercerai Roboh - YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah

  • YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi.

  • YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.

  • YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.Ustaz Hanafi berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik.

Selasa, 22 Mac 2011

PROGRAM INTERAKSI PSSCM BMI (2011)

PROGRAM INTERAKSI PSSCM BMI (2011)
PROGRAM INTERAKSI PSSCM BMI (2011)

Satu program interaksi akan diadakan melibatkan 3 buah IPT yang bernaung di bawah UniKL iaitu MFI, BMI dan MIAT. Program interaksi ini akan diadakan pada 8-10 April 2011 bertempat di Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Antara VIP yang dijangka hadir ialah Setiasusaha Agung PSCCM, Encik Roslin bin Ali Omar. Marilah bersama-sama untuk memeriahkan lagi acara ini.
Share:

Isnin, 14 Mac 2011

PENGUMUMAN : MAJLIS IJAZAH ASAS (MARCH 2011)

PENGUMUMAN : MAJLIS IJAZAH ASAS (MARCH 2011)

Untuk makluman semua ahli PSSCM UniKL BMI, Majlis Ijazah Asas sesi S1 2011 akan diadakan. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 Mac 2011
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Rumah Persatuan Jalan Kent

Para ahli yang akan diijazahkan dikehendaki berkumpul di foyer asrama perempuan. Kepada semua ahli PSSCM UniKL BMI, marilah kita bersama-sama menghadirkan diri ke majlis ini. Terima kasih.
Share:

Ahad, 13 Mac 2011

AL-FATIHAH : YUSOF BIN MAHADI

AL-FATIHAH : YUSOF BIN MAHADI
AL-FATIHAH : YUSOF BIN MAHADI

Maaf di atas kelewatan ucapan ini. Pihak PSSCM UniKL BMI ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Taqiyuddin di atas pemergian ayah beliau iaitu Yusof bin Mahadi dan juga kepada Nasrul Aqsar di atas pemergian ayah beliau iaitu Mohd Tahrim bin Mohd Daud. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Share:

Selasa, 1 Mac 2011

PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010

27 Feb 2010, PSSCM UniKL BMI telah menghantar wakil sebanyak 14 orang ahli ke Program Latihan Bersepadu Cekak (PLBC) ke-10, peringkat Lembah Klang yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan (Lelaki) UIAM Gombak. Program PLBC ke-10: Merealisasikan tema “Bersama & Bersatu” anjuran bersama PSSCM UIAM Gombak dan Jabatan Penerangan PSSCM.

PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila disertai hampir 300 ahli PSSCM yang terdiri daripada 16 IPT dan 8 kelas latihan cawangan Lembah Klang telah menjayakan program tersebut termasuk Ahli-ahli Jawatan Kuasa Pusat, Ahli LPT, dan Penyelia-penyelia Kelas. Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan interaksi sesama ahli disamping sebagai persiapan bagi menjayakan Demonstrasi Perdana yang akan mengumpulkan seramai 2,500 orang dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.


PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010Program PLBC ke-10, dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli oleh ucapan dari YDP PSSCM UIAM YBhg. En. Rasyid Bin Aziz. Ucapan dari Setiausaha Agung PSSCM, YBhg. En. Roslin Bin Ali Omar yang penuh dengan informasi dan kata-kata perangsang telah menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli PSSCM dalam menjayakan Program PLBC kali ke-10 ini. Ucapan Perasmian oleh YBhg. En. Sharel Bin Dzahari, Pegawai Pusat Sukan dan Rekreasi UIAM. Dalam ucapannya, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada PSSCM kerana memilih UIAM Gombak sebagai tuan rumah dan beliau akan memberi sokongan sepenuhnya penganjuran program sebegini pada masa akan datang.


PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010
PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010
Pada jam 1.30 petang semasa Majlis Perasmian Penutup, Saudara Shahrin Fikri Bin Witrofoledy Pengarah Program PLBC Ke-10 dalam ucapannya, beliau merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya kepada AJK Pusat dan Ahli LPT atas kesudian hadir bersama bagi menjayakan program ini. Ucapan Perasmian Penutup disempurnakan oleh Ketua Penerangan PSSCM YBhg. En. Rosman Bin Mat Deli. Beliau berharap, melalui program ini dapat menyemaikan semangat Gagasan Bersama & Bersatu dalam kepimpinan yang diterajui YM Guru Utama & Presiden Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah. Beliau juga mengingatkan kepada peserta agar sentiasa berdisiplin, dan menjaga adab tata susila orang Melayu.
Share:

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung