Rabu, 11 April 2012

AKTIVITI : PROGRAM INTEGRASI UNIKL

Sungai Congkak, Hulu Selangor - Tiga buah kampus UniKL telah bergabung tenaga bagi menjayakan Program Integrasi UniKL di Kem Rimba Ria Sungai Congkak, Hulu Selangor. Kampus yang terlibat adalah dari UniKL BMI, UniKL MFI dan UniKL MIAT. Program yang pertama kali seumpamanya ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan terdiri daripada ahli-ahli tamat sebagai peserta dan tenaga pengajar sebagai AJK.
Program yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 6 April 2012 dan berakhir pada 8 April 2012 telah dirasmikan oleh Pengerusi Jabatan Pendidikan, Encik Faizal bin Mohd Yusof. Antara yang hadir pada program tersebut termasuklah Encik Sazarin (AJK Pusat dan Penyelia UniKL MIAT) dan Encik Mazlan (penyelia UniKL MFI).
Pengisian program adalah bertujuan untuk merangka strategi pembangunan PSSCM di kelas latihan masing-masing khususnya dan di peringkat yang lebih tinggi umumnya. Program berakhir pada jam 5 petang dan perasmian majlis penutup disempurnakan oleh Penolong Bendahari Agung, Encik Wan Mohd Adzhar bin Mohd Salim.





Rabu, 14 Mac 2012

BELASUNGKAWA : YM USTAZ ISHAK BIN ITAM

Perasaan hiba dan sedih menyelubungi hati ahli-ahli Silat Cekak apabila Guru dan Mantan Presiden PSSCM, YM Ustaz Ishak bin Itam telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Isnin, 12 Mac 2012 pada jam 4.50 petang di kediaman beliau di di No. 901, Mukim 8, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai.

Gambar : Almarhum ketika menyampaikan ucapan pada Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan Ke-2 di UniKL BMI


 
Almarhum Tuan Haji Ishak Itam telah memimpin PSSCM selaku Guru Utama sejak 21 September 1986. Almarhum telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi. Penyerahan ini dibuat kerana masalah kesihatan beliau dan ianya telah diterima oleh semua pentadbir PSSCM dan Ketua Cawangan Negeri.
Jenazah Almarhum dikebumikan pada Selasa 13 Mac 2012 jam 11.00 pagi di Masjid Kg. Tengah Berapit, Bukit Mertajam jam 9.00 pagi.Seramai hampir 2000 ahli Silat Cekak datang dari seluruh pelusuk tanah air pada hari tersebut.
Pihak admin, Penyelia, AJK, dan seluruh ahli PSSCM UniKL BMI mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum di atas pemergian Almarhum. Al-Fatihah.

Selasa, 28 Februari 2012

PENGUMUMAN: AJK PSSCM UNIKL BMI SESI 2012

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-9 PSSCM UniKL BMI telah diadakan pada 1 Februari 2012 bertempat di TTL 1. AGM kali ini menyaksikan beberapa muka baru telah dilantik untuk menjadi AJK bagi sesi 2012. Pihak Admin, Penyelia dan seluruh warga PSSCM UniKL BMI mengucapkan syabas dan selamat menjalankan tugas.

AHLI JAWATAN KUASA PSSCM UNIKL BMI SESI 2012

Yang DiPertua
Mohammad Uzair bin Abdullah Zen

Naib Yang DiPertua 1
Aminudin

Naib Yang DiPertua 2
Mohamad Firdaus bin Rosli

Setiausaha
Eka Nadhirah

Bendahari
Abdullah bin Zanudin

Penerangan
Mohd Shahmil bin Selamat

Tugas-tugas Khas
Hasrul Zulfadli

Aktiviti
Mohd Afiz bin Che Mustafa

Pendidikan
Aiman bin Ibrahim

Sabtu, 25 Februari 2012

KARNIVAL WAJADIRI IPT KEBANGSAAN 1 MALAYSIA KALI KE-5

Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan (KWD)  1 Malaysia  ke-5 telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia  pada 11 Februari 2012. Penyertaan kali ini menyaksikan sebanyak 57 penyertaan daripada IPT seluruh Malaysia mewakili 63 pasukan telah bertanding merebut gelaran untuk 4 kategori pertandingan. Skuad UniKL BMI telah menghantar 1 pasukan untuk kesemua kategori di mana UniKL BMI telah berjaya memenangi pingat Gangsa untuk kategori ke-3. Syabas dan tahniah! Sila layari www.silatcekak.org untuk berita penuh.









Ahad, 15 Januari 2012

KELAS LATIHAN S1'2012

Perhatian kepada semua ahli PSSCM UniKL BMI, kelas latihan untuk sesi S1 2012 akan bermula pada

16 Januari 2012 (Isnin)

bertempat di
Gelanggang Bola Keranjang

Jam
9.00 Malam

Ahli-ahli diminta memberi kerjasama untuk hadir ke kelas.

Khamis, 27 Oktober 2011

TAHNIAH : EXCELLENT ACHIEVERS AWARD

Pihak admin dan seluruh warga PSSCM UniKL BMI mengucapkan jutaan tahniah kepada ahli-ahli PSSCM UniKL BMI yang menerima anugerah sempena Excellent Achievers Award yang telah berlangsung pada 21 Oktober 2011 di Dewan Gemilang. Penerima anugerah adalah :

Abudullah bin Zainudin
Dean List
UniKL BMI Best Acknowledgement of The Year

Muhd Shahril bin Mokhtar
UniKL BMI Best Acknowledgement of The Year

Aiman bin Ibrahim
Dean List
UniKL BMI 2011 Most Promising Leadership of The Year

Semoga kejaan ini memberi perangsang kepada kita semua untuk lebih maju dan berjaya di masa hadapan. InsyaAllah.

PENANGGUHAN KELAS S2 2011

Kelas latihan PSSCM UniKL BMI untuk sesi S2 2011 kini ditangguhkan dan akan disambung semula pada sesi S1 2012 pada bulan Januari. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by PSSCM UniKL BMI - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop